~SHOWDOWN 2011~Pencarian Bermula ~

Peluang anda menjadi krew jalanan terhebat




SHOWDOWN 2011  yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian krew jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari krew terbaik!



Sesi uji bakat pada tahun ini lebih mencabar, lebih sengit dan pastinya lebih gempak dari tahun sebelumnya!Tujuan rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini. Tarian jalanan seharusnya menerima penghormatan dan perhatian setaraf dengan tarian-tarian lain seperti ‘ballroom dancing’ dan juga tarian tradisional.


Bermula pada awal Januari ini, pasukan SHOWDOWN 2011 akan berkunjung ke tiga lokasi seluruh negara di dalam pencarian kru tarian terunggul di Malaysia. Sesi uji bakat akan bermula pada hari Sabtu 8 Januari 2011 di Kompleks Pelancongan Sarawak (Old Court House), Kuching seterusnya akan berpindah ke Aras 2, Novotel Kota Kinabalu 1Borneo, pada 15 Januari 2011. Sesi uji bakat yang terakhir pula akan diadakan di Tingkat 4, Tempat Letak Kereta Terbuka, BB Plaza Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 Januari 2011. Pendaftaran untuk sesi uji bakat akan dibuka seawal jam 9 pagi hingga 3 petang.


Mereka yang berjaya melepasi sesi ujibakat berpeluang ke peringkat ‘Battle’ di Kuala Lumpur pada 23 Januari 2011. Sesi ‘battle’ ini akan menyaksikan kru-kru ini menentang antara satu sama lain dan mereka yang memenangi pusingan ‘Battle’ akan mara ke peringkat seterusnya dalam sesi ‘Meltdown’.


Pada penghujung ujibakat tersebut, hanya kumpulan terbaik sahaja akan dipilih ke peringkat ‘Dance Off’ di mana kesemua kru-kru ini akan membuat persembahan secara langsung setiap minggu dan di sinilah bermulanya proses penyingkiran mingguan. Untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir, pusingan penentuan yang dipanggil ‘Dance Off’ dibuat pada setiap minggu dan diakhir rancangan 4 kumpulan penari yang memperolehi markah yang terendah akan bertanding sekali lagi sesama mereka untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.Setiap minggu, empat krew yang mempunyai undi terendah akan beradu sesama sendiri untuk meneruskan lagi cabaran. Empat krew yang terakhir akan ke peringkat terakhir iaitu “Final Showdown” dimana mereka akan membuktikan kebolehan mereka untuk memikat hati penonton dan juga para juri untuk di nobatkan sebagai kru tarian yang terulung.


“Budaya ‘street dance’ dan juga hip hop tempatan kini telah berkembang pesat. Ini boleh di lihat dengan jelas pada bakat peserta-pesertai dalam SHOWDOWN 2011 . Rancangan ini telah melahirkan bakat-bakat muda dan kesemua mereka mendapat pendedahan yang baik dalam program ini!” kata Pengurus Besar 8TV Cik Lam Swee Kim.



SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama. Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang tampil menjadi rakan penaja seiring dengan Tune Hotel sebagai hotel rasmi. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.

SHOWDOWN 2011 akan ditayangkan kepada umum pada bermula 6 April 2011, setiap Rabu jam 9.30 malam, hanya di 8TV.







Wakaka Crew Showdown
Winner
2010



^^ Thnx for reading ^^ Klick like toh ^^

No comments:

Post a Comment

 
Images, logo, content and design are © copyright by ayienbelog.blogspot.com/ All Rights Reserved